Pages

Sunday, 19 October 2014

Ahli Jawatankuasa Tahun 2015

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

PENGERUSI : SOFIANNISA DWI RAHAYU BINTI JIMAT

NAIB PENGERUSI : SHARIFAH NURFARAIN BINTI SYED ABDUL JABAR

SETIAUSAHA : AMANDA BAELQISHA BINTI BAHTIAR

NAIB SETIAUSAHA : NUR SYAZLIANA BINTI MD RADZI

BENDAHARI : NUR HAZIMAH BINTI ABD RASHID

NAIB BENDAHARI : NOR AZIEMAH BINTI MOHD ZAILANI

AJK         TINGKATAN 2 : NAJWA ASYIQIN BINTI HASYIM 
       TINGKATAN 3 : NURUL SYAHIRAH BINTI SALLEH
       TINGKATAN 4 : AIN NAJWA BINTI MD RAFIT
       TINGKATAN 5 : SUHAILI BINTI ISHAK

KETUA PLATUN : FATIN DIANA BINTI ROSLI

NAIB KETUA PLATUN : AIN FARHANI BINTI ISKANDAR

AJK KEROHANIAN : NUR LIANA BINTI OTHMAN

AJK QUATERMASTER : NURAMIRA BINTI ANUAR YAZID

AJK DOKUMENTASI : NUR AFIFAH BINTI SURAT MIN

AJK PERALATAN : NURUL SYAHIRAH BINTI SYAHRIL

Pertandingan Kawad Negeri 2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

Alhamdulillah ! tahun ni krstkp dapat pergi ke peringkat negeri. Syukur Ya Allah atas nikmatmu ini. memang gembira sangat masa tu sebab harapan nak pergi negeri tahun ni memang berharap sangat sangat. Terima kasih semua atas usaha, semangat, tunjuk ajar dan semualah yang dah berjaya jadikan harapan krstkp untuk pergi ke peringkat negeri tercapai :)

TARIKH : 23 APRIL 2014
TEMPAT : SMK SURIA PERDANA, BATU PAHAT

Tahun ni, Batu Pahat jadi tuan rumah. sekolah tu baru, sangat besar dan sangat cantik. disebabkan smk suria perdana sekolah baru jadi tapak kawadnya pun agak baru juga. wahh. sangat excited dan nervous bila first time tengok litar. 

Krstkp dapat giliran kelima. seperti biasa, pertandingan dimulakan dengan pemeriksaan pakaian lepas tu masuk litar dan mulakan kawad. hari tu, sangat panas. ya Allah ! 
Walaupun krstkp tak mendapat tempat dan hanya mendapat tempat keempat, tapi takpa. tahun depan kita buat lagi sehabis baik okey . biar dapat pergi kebangsaan terus. aminn ! 











Sekian, terima kasih :)

Thursday, 16 October 2014

Pertandingan Kawad Dearah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

Pada tahun ini, Sekolah Tinggi Kluang telah menjadi tuan rumah untuk pertandingan kawad kaki peringkat daerah tahun 2014. Pada sebelah pagi, pasukan GO bertandingan yang diwakili oleh Pasukan Kadet Polis L & P dan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia. pada sebelah petang pula, tiba masanya untuk krs bertanding.

Tarikh : 12 April 2014
Masa : lebih kurang 2/3 ptg.
Tempat : Dataran Gemilang, Sekolah Tinggi Kluang.

Hari tu, krs lelaki dah bertanding dulu di smk sri perdana yang agak jauh dari stk. disebabkan krs lelaki dan perempuan terpisah, macam macam dugaan terjadi kat krstkp. Allah mungkin nak beri dugaan kepada kitaorang, boot kitaorang tak cukup. krs lelaki dan perempuan berkongsi boot, tapi disebabkan terpisah, semua dah takut tidak sempat untuk bawa boot dari krs l ke krs p . syukur krsl giliran yang pertama dan krsp giliran yang terakhir. tapi, disebabkan risau dan takut tak sempat, semua dah menggelabah. ketakutan. sedih dan mula nangis. apalah dugaan yang kau berikan kepada kami ya Allah. 

Kitaorang pun mula lah untuk pinjam boot dari kadet-kadet lain yang dah habis bertanding tapi tetap tak cukup dan ada yang terpaksa pakai boot yang rosak. Ya Allah sedih betul masa tu. takut sangat tak sempat. 

pertandingan dah pun mula tapi kitaorang tak siap lagi. mujur masa tu ada guru-guru dan akak abang senior yang datang tolong bagi semangat, tolong siapkan semua. masa tu, berserah saja dan berdoa agar boot dapat datang cepat dan tepat pada masanya sebelum pertandingan dari smk sri perdana. sebelum pertandingan tu pun ada lagi konflik dengan sekolah lain pula pasal penggunaan kon dalam kawad asas. ya Allah kon je pun padahal. hohoho. 

Tiba-tiba, Alhamdulillah, masa tu azan asar. boot semua sempat datang tepat pada masanya. Ya Allah ! syukur ! 

Memang masa bertanding tu, semua buat sehabis baik. semangat nak menang pergi negeri macam membakar-bakar. haha. mungkin Allah nak uji kitaorang, berkat azan masa tu, doa, kesabaran semua Alhamdulillah kitaorang dapat Johan !!!!

Alhamdulillah dapat pergi negeri tahun ni. huhu. Terima kasih ya Allah. terima kasih cikgu fareez (wahhh), terima kasih cikgu cikgu semua, akak abang senior, our ketua platoon dan semua ahli platun dan krstkp. :)




p/s : kami mencari sponsor untuk boot kami sendiri dan kalau boleh baju kawad baru juga sebab baju semua tak sama kaler T.T



Pertandingan Kawad Kaki Dalaman Peringkat Sekolah Tinggi Kluang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

Apa khabar semua ahli KRSTKP ? memandangkan masing masing terlalu sibuk dengan kerja sekolah masing-masing, baru hari ni berkesempatan untuk update blog kami yang dah lama tak berpenghuni. hohoho. 

Seperti biasa, setiap tahun Sekolah Tinggi Kluang akan mengadakan Pertandingan Kawad Kaki Dalaman untuk menentukan pasukan PBB mana yang akan mewakili sekolah untuk ke Peringkat Daerah. 
Tarikh : 5 April 2014
Tempat : Dataran Gemilang, Sek Tinggi Kluang

Walaupun krstkp tidak mendapat tempat, tapi tak apa sebab tetap akan pergi peringkat Daerah sebab krs tidak bertanding dengan mana mana pasukan badan beruniform. pertandingan dalaman dijadikan sebagai persediaan untuk krstk ke peringkat daerah.

Tahun ni stk sangat bertuah sebab kesemua 10 pasukan pbb telah dihantar ke peringkat daerah termasuklah krs. yeahh !!! huhu. Alhamdulillah. 





Friday, 7 February 2014

Orientasi Tingkatan 1 2014

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA

*tepuk krs* heheh. apa khabar semua? haa penat tak tadi orientasi? best tak? best tak? best kan? haa tu la bestnya masuk krs ni. hehe. okey. 
Orientasi adalah aktiviti tahunan untuk semua unit badan beruniform termasuklah KRSTKP. Biasanya disertai oleh semua pelajar tingkatan satu dan diketuai oleh guru-guru dan fasi-fasi *akak senior lah :P . hehe.


Tarikh : 7 Februari 2014
Hari : Jumaat 
Tempat : Sekolah Tinggi Kluang 
Waktu : 7.30 - 5. 00 petang 

Ice-Breaking
aktiviti mula macam biasa, ice breaking. kita mulakan dengan pembahagian nama nama orientasi. haaa ni kelakar. semua dapat nama pelik - pelik kan? hahaha. haa apa namanya? martopo? suekarjo? opek? uziur? jayeng? hepidot? sukinah? haa macam macam lagi lah. hahaha. kemudian kita senam erobik. jom panaskan badan. huhu. lead by kak fyda. 












Missing Chair
missing chair ni main dia mula mula kita buat bulatan, then baring atas riba kawan. kawan yang lain akan tahan kawan dia yang baring atas dia tu. kemudian nanti kerusi kerusi tu akan dia ambil. so kira macam kena buat jambatan tapi dalam keadaan baring lah macam tu kan? haa best kan? nk main lagi tak? hihi. 








Bantu Mula
bantu mula ni kita akan ajar tentan cara raca untuk mengikat dan menggunakan kain anduh yang di ketuai oleh kak fida !! :D















Kawad Asas
dalam slot ni kita ajarkan antara kawad kawad asas yang perlu diketahui sebagai seorang kadet remaja sekolah tinggi kluang. contohnya macam cara berjalan, hormat, belakang pusing dan macam macam lagi. tapi maaf tak ada gambar sebab bateri kamera dah habis time ni ><

Ikatan dan Simpulan
slot ni pula, akak akak fasi ni dah ajarkan beberapa ikatan dan simpulan. haa ingat tak? haa cuba senaraikan. haa bukasila, manuk, haa lagi lagi. 




Explorace
aktiviti ni bertujuan sebenarnya ialah untuk mengeratkan hubungan antara semua ahli ahli krs ni sebenarnya dan untuk memupukkan semangat berkumpulan tu.. haa best tk? penat tk? nk buat lgi tk? hehe. 






Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
dah pun petang. seharian dengan krs hari ni kan? amacam? okey tk semua? hihihihi. haa tahniah untuk kumpulan yang dapat tempat tu. :
Pertama : Merah
Kedua : Hijau
Ketiga : Biru
Keempat: Oren 
Kelima : Kuning 






yeahh. tahniah tahniah. so berakhirlah orientasi krs untuk tahun ni. kami semua nak minta maaf lah kalau ada buat korang kecil hati ke, marah ke, buat korang menangis ke, maafkan ya. jangan simpan dalam hati. tak baik tk baik tau. hehe dan terima kasih sebab dah join krs and berikan sepenuh komitmen untuk menjalankan orientasi ini dengan berjayanya. 
 Sekian, Terimaa Kasih. 


 Tepung Time ! xD













*boleh tengok fb saya untuk lebih banyak gambar. admin - Sharifah Nurfarain . :*